Dalam dunia yang serba canggih sekarang ni, bisnes online telah menjadi pilihan utama ramai orang.
Tak perlu ada pejabat besar atau kedai fizikal, semuanya boleh diuruskan hanya dengan laptop atau telefon pintar di tangan.
Yang paling menarik, modal untuk mula pun tak besar, malah ada yang tak perlukan modal langsung.
Saya senaraikan 100 bisnes online yang boleh korang mula sekarang juga. Ada macam-macam pilihan yang boleh disesuaikan dengan minat dan kemahiran korang.
Jom kita tengok idea-idea bisnes online ini satu persatu.
1. Dropship

Dropship ialah bisnes online yang tak perlukan anda simpan stok. Cuma perlu cari pelanggan dan buat tempahan dari pembekal, yang kemudian akan poskan produk terus kepada pelanggan. Bisnes ni senang sebab tak perlu risau soal logistik dan stok.
2. Affiliate Marketing
Dengan affiliate marketing, anda boleh buat duit dengan mempromosikan produk orang lain. Setiap kali ada pelanggan yang beli melalui link korang, korang akan dapat komisen. Senang kan?
3. Jual Barang Preloved
Kalau ada barang lama yang masih elok tapi tak digunakan, cuba jual secara online. Banyak platform macam Shopee dan Carousell yang boleh guna untuk jual barang preloved.
4. Content Writing
Kalau anda pandai menulis, content writing memang satu peluang bisnes online yang bagus. Ramai blogger dan syarikat perlukan penulis untuk hasilkan kandungan yang menarik.
5. Blogging
Blogging bukan sahaja tempat untuk berkongsi idea dan pengalaman, tapi juga boleh jadi sumber pendapatan pasif melalui iklan, affiliate, dan juga jualan produk sendiri.
6. Jual Produk Digital
Produk digital seperti ebook, kursus online, atau design grafik adalah antara barang yang sangat popular di kalangan usahawan online. Tiada kos penghantaran dan boleh dijual berkali-kali.
7. Social Media Influencer
Kalau anda aktif di media sosial dan ada ramai pengikut, jadi influencer boleh jana pendapatan yang lumayan. Banyak brand besar sanggup bayar untuk iklan produk mereka di platform korang.
8. YouTuber
Jadi YouTuber juga boleh jadi salah satu cara untuk jana income online. Tak semestinya kena buat video mahal-mahal, content yang menarik pun dah cukup untuk tarik perhatian.
9. Buat Podcast
Podcast semakin popular sekarang ni. Dengan podcast, anda boleh bercakap tentang topik yang diminati, dan kalau audiens bertambah, banyak peluang untuk dapat tajaan dan iklan.
10. Jual Barang Buatan Tangan
Kalau anda pandai buat barang seperti handmade kraf, aksesori, atau sabun organik, boleh jual secara online di platform seperti Etsy atau Instagram.
11. Translation Services
Anda boleh gunakan kemahiran bahasa korang untuk tawarkan perkhidmatan terjemahan secara freelance. Banyak syarikat perlukan penterjemah untuk pelbagai dokumen.
12. Online Tutor
Bagi yang berpengalaman dalam bidang pendidikan, jadi tutor online adalah pilihan bisnes yang baik. Boleh ajar subjek sekolah atau bantu orang belajar bahasa asing.
Tak tahu nak start? Beli panduan ini:

Panduan Bisnes Home Tuition
Langkah-langkah mudah untuk memulakan perniagaan tuisyen dari rumah. Ebook ini merangkumi cara tarik pelajar, menetapkan harga kelas, menyusun jadual yang fleksibel, dan strategi pemasaran untuk memastikan perniagaan tuisyen anda berkembang.
13. Virtual Assistant
Banyak syarikat kecil yang perlukan virtual assistant untuk bantu uruskan kerja-kerja pentadbiran seperti jawab email, uruskan jadual, dan sebagainya. Bisnes ni boleh dibuat sepenuhnya dari rumah.
14. Jual Gambar di Platform Stock Photo
Kalau anda pandai fotografi, boleh cuba jual gambar yang diambil kepada laman web stock photo seperti Shutterstock dan iStock. Setiap kali gambar dimuat turun, anda akan dapat royalti.
15. Jual Baju Custom Made
Bboleh reka baju dengan design anda sendiri dan jual di platform seperti Teespring atau Printful. Tak perlu risau tentang cetakan atau penghantaran, semuanya diuruskan oleh platform tersebut.
16. Grafik Designer
Bagi yang mahir dengan Adobe Illustrator atau Photoshop, graphic design boleh jadi sumber pendapatan yang stabil. Banyak syarikat perlukan designer untuk buat logo, poster, dan sebagainya.
17. Pembangunan Web
Kalau anda tahu cara buat website, bisnes ni memang untuk korang. Banyak bisnes kecil perlukan laman web tapi tak tahu nak buat sendiri. Anda boleh tawarkan khidmat pembangunan web dengan harga yang kompetitif.
18. SEO Specialist
Dalam dunia yang sangat kompetitif ni, semua bisnes online nak website mereka berada di kedudukan teratas di enjin carian. Sebagai seorang SEO specialist, anda boleh bantu bisnes-bisnes ni meningkatkan trafik mereka.
19. Consultation Online
Kalau anda ada kepakaran dalam bidang tertentu seperti bisnes, kewangan, atau kesihatan, boleh tawarkan khidmat konsultasi online kepada klien.
20. Perunding Media Sosial
Ramai usahawan yang tak tahu cara nak uruskan media sosial mereka. Anda boleh tawarkan khidmat untuk bantu mereka susun strategi media sosial yang berkesan.
21. Jual Produk Kesihatan dan Kecantikan
Produk kesihatan dan kecantikan memang selalu laku di pasaran. Anda boleh jual produk seperti supplement, skincare, atau kosmetik secara online.
22. Buat Webinar atau Kelas Online
Kalau anda ada ilmu atau kemahiran yang boleh dikongsi, buatlah webinar atau kelas online. Banyak orang sanggup bayar untuk belajar sesuatu yang baharu.
23. Affiliate Program Shopee
Shopee juga ada affiliate program di mana anda boleh dapat komisen dengan mempromosikan produk-produk di Shopee. Setiap kali orang beli melalui link kita, kita akan dapat duit.
24. Trading Saham
Kalau ada pengetahuan tentang pasaran saham, ini boleh jadi bisnes online yang menguntungkan. Tapi kena berhati-hati sebab ada risiko juga.
25. Jual Produk Bayi dan Kanak-kanak
Ibu bapa selalu mencari barang-barang untuk anak-anak mereka. Anda boleh jual produk bayi dan kanak-kanak seperti baju, permainan, atau peralatan bayi secara online.
26. Pengurusan Iklan Berbayar
Anda boleh belajar cara uruskan iklan berbayar seperti Google Ads atau Facebook Ads dan tawarkan khidmat ni kepada bisnes yang nak tingkatkan jualan mereka.
27. Bisnes Kursus Online
Anda boleh cipta kursus dalam bidang yang korang pakar, dan jualnya di platform seperti Udemy atau Teachable. Bisnes ni tak perlu modal besar, cuma masa untuk buat bahan.
28. Jual Produk Digital Download
Produk seperti template, reka bentuk, atau dokumen boleh dijual secara digital download. Yang bestnya, anda tak perlu uruskan penghantaran fizikal.
29. Jual Kelas Video
Kalau anda ada kepakaran dalam bidang tertentu, korang boleh rakam video pengajaran dan jual sebagai kelas online di platform seperti Skillshare.
30. Jual Stok Foto
Selain fotografi, anda juga boleh jual gambar stok foto kepada syarikat yang perlukan untuk laman web atau iklan mereka.
31. Jual Software atau Aplikasi
Jika anda tahu buat software atau aplikasi, jualan digital product ini boleh jadi sangat lumayan.
32. Freelance Video Editor
Dengan semakin banyak video yang dihasilkan untuk YouTube, media sosial, dan iklan, khidmat video editor memang sentiasa diperlukan.
33. Khidmat Penulisan Resume
Ramai yang tak pasti macam mana nak hasilkan resume yang menarik. Anda boleh tawarkan khidmat penulisan resume untuk bantu mereka. Gunakan perisian Canva pun dah cukup.
34. Penterjemah Bahasa Asing
Jika anda fasih dalam beberapa bahasa, tawarkan khidmat sebagai penterjemah untuk dokumen, artikel, atau laman web.
35. Social Media Manager
Selain influencer, anda juga boleh jadi social media manager untuk usahawan yang tak ada masa nak uruskan akaun media sosial mereka.
36. Virtual Event Planner
Ramai orang kini buat majlis secara online. Anda boleh tawarkan khidmat sebagai perancang acara untuk bantu mereka susun majlis secara virtual.
37. Tukang Jahit Online
Kalau anda pandai menjahit terutamanya wanita, ambil tempahan secara online untuk buat baju, alter pakaian, atau jahit langsir.
38. Freelance Photographer
Selain jual gambar, anda juga boleh tawarkan khidmat fotografi untuk event seperti majlis kahwin, produk, atau untuk pemasaran.
39. Buat Servis Pelan Reka Bentuk Rumah
Anda yang ada kemahiran dalam architecture boleh tawarkan servis pelan rumah untuk pelanggan yang nak membina rumah mereka. Gunakan perisian CAD seperti Autodesk Inventor atau AutoCAD.
40. Khidmat SEO
Jika anda ada kepakaran dalam search engine optimization (SEO), banyak syarikat yang mencari pakar SEO untuk bantu tingkatkan ranking laman web mereka.
41. Pembangunan App Mudah Alih
Kalau pandai membina aplikasi mudah alih, ini boleh jadi bisnes yang lumayan kerana semakin banyak syarikat yang perlukan aplikasi untuk bisnes mereka.
42. Konsultan Kesihatan
Bagi yang berpengalaman dalam bidang kesihatan atau kecergasan, tawarkan konsultasi kesihatan secara online untuk klien yang memerlukan nasihat diet atau workout plan.
43. Jual Perabot Terpakai
Perabot lama yang masih elok boleh dijual semula secara online di laman seperti Mudah atau Carousell.
44. Buat Poster Digital
Reka poster untuk iklan, majlis atau kegunaan syarikat lain. Anda boleh gunakan platform seperti Canva untuk buat design yang menarik.
45. Virtual Fitness Trainer
Bantu orang lain bersenam dari rumah dengan menjadi fitness trainer yang buat sesi coaching secara online.
46. Jual Kraf DIY
Ramai yang suka barang-barang unik buatan tangan. Anda boleh buat dan jual produk DIY seperti lilin, sabun, barang crochet atau gelang tangan.
47. Khidmat Accounting
Anda yang pandai uruskan akaun boleh tawarkan khidmat accounting untuk bisnes kecil yang tak mampu bayar akauntan penuh masa.
48. Khidmat Pengiklanan Facebook
Ramai pemilik bisnes tak tahu nak buat Facebook Ads yang berkesan. Anda boleh tawarkan servis untuk setup dan optimasi iklan mereka.
49. Jual Kursus Membuat Kek
Kalau anda hebat buat kek, rakam dan jual video kursus membuat kek untuk mereka yang berminat belajar.
50. Bina Kedai E-Dagang
Bantu orang lain bina kedai e-dagang atau ecommerce mereka menggunakan platform seperti Shopify atau WooCommerce.
51. Jual Aksesori Telefon
Aksesori telefon seperti casing dan pelindung skrin sentiasa laku di pasaran. Anda boleh jual produk ni di Shopee atau Lazada dan daaptkan stok dari China.
52. Khidmat Design T-Shirt Custom
Buat dan jual t-shirt dengan design custom. Anda boleh guna platform seperti Printful atau Teespring.
53. Bina Portfolio Untuk Freelancers
Ramai freelancer perlukan website portfolio. Anda boleh bantu mereka membina laman web untuk tunjukkan kerja-kerja mereka.
54. Ejen Insurans
Anda juga boleh jadi ejen insurans dan buat semua urusan secara online. Komisen insurans boleh jadi pendapatan yang lumayan.
55. Khidmat Konsultasi Branding
Bantu startup atau bisnes kecil susun strategi branding yang boleh membezakan mereka daripada pesaing.
56. Jual Poster Motivasi
Ramai yang suka poster-poster motivasi atau kata-kata semangat untuk dekorasi rumah. Anda boleh jual secara digital atau fizikal.
57. Jual Cenderahati Majlis
Cenderahati untuk majlis perkahwinan, baby shower, atau majlis ulang tahun sentiasa ada permintaan. Anda boleh ambil tempahan secara online.
58. Buat Review Produk
Kalau anda suka menulis atau buat video, tawarkan khidmat review produk untuk syarikat-syarikat yang nak promosikan produk mereka.
59. Jual Barang Vintage
Barang vintage atau antik sentiasa ada peminatnya. Anda boleh jual barang-barang lama seperti jam, perabot, atau pakaian lama.
60. Jual Game Digital
Platform seperti Steam membolehkan anda jual game digital. Kalau pandai buat game, cuba jual di situ.
61. Khidmat Customer Service
Ramai syarikat kecil perlukan customer service secara remote. Anda boleh jadi wakil customer service untuk mereka.
62. Consulting Perancangan Kewangan
Bantu orang lain rancang kewangan mereka dengan menawarkan consulting tentang pengurusan kewangan, pelaburan, atau simpanan.
63. Jual Buku Elektronik
Tulis ebook tentang topik yang anda minat dan jual di platform seperti Amazon Kindle atau Kobo.
64. Buat Infografik
Ramai syarikat atau influencer perlukan infografik yang menarik untuk bahan pemasaran. Tawarkan khidmat buat infografik secara freelance.
65. Design Produk Untuk Bisnes Kecil
Bantu bisnes kecil reka produk seperti packaging, poster, atau brosur untuk produk mereka.
66. Jual Perabot Custom
Kalau anda pandai pertukangan, buat perabot custom seperti meja atau rak dan jual di pasaran online terutamanya dalam FB Marketplace.
67. Cipta Kandungan TikTok
Buat content TikTok untuk bisnes yang nak kembangkan jenama mereka di platform tersebut.
68. Jual Alat Tulis
Ramai pelajar dan pekerja suka alat tulis yang unik. Anda boleh jual barang-barang seperti buku nota, pen, atau planner yang cantik secara online. Contohnya jual alat tulis cantik-cantik dari Jepun.
69. Khidmat Rekaan Web Landing Page
Banyak syarikat perlukan landing page yang berkesan untuk lead generation atau jualan. Anda boleh tawarkan servis reka landing page yang menarik.
70. Freelance Copywriting
Ramai usahawan perlukan copywriting untuk website, iklan, atau email marketing mereka. Ini boleh jadi peluang untuk anda.
71. Khidmat Voiceover
Kalau anda ada suara yang merdu, tawarkan khidmat voiceover untuk video iklan, audiobook, atau podcast.
72. Jual Produk Pelangsingan
Produk pelangsingan seperti teh atau suplemen sentiasa ada pasaran. Anda boleh jadi ejen jualan produk tersebut secara online.
73. Buat Khidmat Penasihat Kewangan
Bantu orang lain uruskan pelaburan atau rancang kewangan mereka dengan menjadi penasihat kewangan yang dipercayai.
74. Reka Kad Ucapan Custom
Ramai orang suka kad ucapan yang custom dan unik. Anda boleh jual kad digital atau cetakan untuk pelbagai majlis.
75. Jual Aksesori Kenderaan
Jual aksesori seperti pelindung kereta, seat cover, atau gadget kenderaan di platform e-dagang.
76. Menjual Produk Kecantikan Organik
Produk kecantikan organik semakin popular kerana ramai yang mementingkan bahan semula jadi. Anda boleh buat dan jual produk seperti sabun, skincare atau shampoo organik.
Dapatkan panduan ini jika nak belajar jual sabun organik:

Jana Duit Tambahan Dengan Membuat Sabun
Panduan praktikal untuk anda menghasilkan sabun homemade dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan tambahan.
77. Perunding Perniagaan
Kalau ada pengalaman dalam perniagaan, anda boleh tawarkan khidmat sebagai perunding perniagaan untuk bantu usahawan kecil kembangkan bisnes mereka.
78. Jual Produk Pelancongan
Bagi yang aktif dalam bidang pelancongan pula, anda boleh jual produk berkaitan pelancongan seperti peta, panduan pelancongan atau pakej perjalanan.
79. Menjual Perkhidmatan Penjagaan Haiwan Peliharaan
Ramai yang sibuk dan memerlukan bantuan untuk menjaga haiwan peliharaan mereka. Anda boleh tawarkan khidmat ini secara online untuk jaga kucing, anjing, atau haiwan lain.
80. Buat Khidmat Ejen Hartanah Secara Online
Menjadi ejen hartanah boleh dilakukan secara online. Anda boleh bantu orang mencari rumah, apartmen, atau hartanah yang sesuai dengan keperluan mereka.
81. Perkhidmatan Editing Video untuk Kursus Online
Dengan semakin banyak kursus online yang dibuat, permintaan untuk editing video meningkat. Anda boleh tawarkan khidmat ini kepada pengajar kursus.
82. Jual Produk Kesihatan Semula Jadi
Ramai yang mencari produk kesihatan semula jadi seperti minyak pati, herba, atau teh untuk kesihatan. Bisnes ini ada pasaran yang semakin berkembang.
83. Jual Alat Permainan Anak-Anak
Permainan untuk kanak-kanak sentiasa ada permintaan, terutama permainan yang membantu perkembangan minda. Anda boleh jual permainan puzzle, lego, atau mainan pendidikan lain.
84. Buat Khidmat Design Flyers
Buat design flyers untuk bisnes kecil yang nak buat promosi produk atau perkhidmatan mereka.
85. Pengiklanan Instagram
Ramai pemilik bisnes yang kurang mahir dengan Instagram Ads. Anda boleh tawarkan khidmat untuk bantu mereka buat iklan dan tingkatkan pengikut.
86. Jual Sticker Custom
Ramai orang suka sticker untuk hiasan komputer riba, kereta, atau dinding. Boleh jual sticker custom dengan design sendiri atau berdasarkan permintaan pelanggan.
87. Jual Poster Pendidikan
Anda boleh reka dan jual poster pendidikan untuk sekolah, tadika, atau rumah. Poster seperti carta matematik, ABC, atau peta dunia sentiasa ada permintaan.
88. Pemasaran Email
Email marketing masih merupakan salah satu cara paling berkesan untuk jualan online. Anda boleh bantu bisnes kecil urus kempen pemasaran email mereka.
89. Jual Pakaian Bundle
Pakaian bundle masih popular di Malaysia. Bboleh dapatkan stok pakaian bundle dan jual secara live di Facebook atau Shopee.
Kalau betul-betul serius, dapatkan panduan ini untuk elakkan baju bundle terperam dalam rumah:

Buat Duit Dengan Bisnes Baju Bundle
Panduan lengkap untuk memulakan perniagaan baju bundle dengan modal rendah. Belajar cara dapatkan stok baju berkualiti dengan harga murah, teknik mengenali baju yang laris di pasaran, serta strategi pemasaran untuk menarik lebih ramai pelanggan.
90. Buat Teka-Teki atau Kuiz
Teka-teki atau kuiz online semakin popular. Anda boleh cipta dan jual game kuis ini kepada laman web pendidikan atau hiburan.
91. Khidmat Pengurusan Projek
Banyak syarikat kecil yang memerlukan khidmat pengurusan projek. Anda boleh jadi freelance project manager untuk uruskan projek-projek mereka.
92. Menjual Pakaian Muslimah
Pakaian muslimah seperti tudung, jubah, dan telekung mempunyai pasaran yang besar di Malaysia. Boleh ambil peluang ini untuk mulakan bisnes online menjual pakaian muslimah terutamanya ketika musim Haji.
93. Khidmat Coaching Bisnes
Kalau anda ada pengalaman dalam bidang bisnes, korang boleh jadi bisnes coach dan bantu usahawan lain berjaya.
94. Jual Seni Digital
Kalau berbakat dalam bidang seni pula, anda boleh jual hasil seni dalam bentuk digital di platform seperti Etsy atau ArtStation.
95. Khidmat Latihan Berbicara
Banyak orang yang takut untuk bercakap di hadapan umum. Anda boleh tawarkan latihan bercakap secara online untuk bantu mereka lebih yakin terutamanya latihan bercakap di khalayak ramai dan Bahasa Inggeris.
96. Jual Buku Elektronik Kanak-Kanak
Anda boleh tulis dan jual ebook kanak-kanak dengan cerita-cerita yang menarik. Ebook kanak-kanak adalah antara niche yang sangat popular.
97. Buat Kad Digital untuk Majlis Perkahwinan
Anda boleh buat kad jemputan digital untuk majlis kahwin atau majlis-majlis lain. Kad digital ni semakin popular kerana ia lebih murah dan mudah.
98. Jual Rancangan Makanan Diet
Dengan semakin ramai yang mementingkan kesihatan, rancangan makanan diet seperti meal plan untuk diet keto atau vegan boleh dijual secara online.
99. Khidmat Asisten Peribadi Sosial Media
Ramai influencer yang perlukan bantuan menguruskan akaun sosial media mereka. Anda boleh tawarkan khidmat ini secara freelance.
100. Jual Produk Eco-Friendly
Produk eco-friendly semakin mendapat perhatian seperti produk bebas plastik, beg guna semula, atau peralatan dapur mesra alam.
Anda juga boleh cuba idea bisnes dengan modal rendah seperti dalam artikel 9 Idea Untuk Bisnes Modal RM500.
Penutup
Kini, anda dah ada 100 idea bisnes online yang boleh dimulakan dari rumah.
Yang penting, pilih bisnes yang sesuai dengan minat, kemahiran, dan modal korang. Mulakan perlahan-lahan dan jangan takut untuk mencuba.
Bisnes online memberi peluang untuk korang capai kebebasan kewangan dan kendalikan bisnes dengan cara yang fleksibel.
Jadi, apa lagi yang ditunggu?
Mulakan bisnes online sekarang dan ubah masa depan anda!
Jom mula cari nama bisnes anda.