Zaman sekarang ramai yang nak cari duit lebih, tapi tak semua orang ada modal yang besar untuk memulakan perniagaan.
Jangan risau, sebenarnya ada banyak cara untuk mulakan bisnes modal RM500. Tak perlu pinjam bank atau keluarkan simpanan berpuluh ribu.
Dengan sedikit kreativiti dan usaha, anda boleh jana pendapatan dengan modal serendah itu.
Dalam artikel ni, kita akan kupas beberapa idea bisnes kecil-kecilan yang mudah dimulakan dengan modal RM500 sahaja.
Kenapa Bisnes Modal Kecil Boleh Berjaya?
Dengan modal RM500, anda boleh memulakan bisnes dari rumah atau secara online tanpa perlu risau tentang kos sewa kedai, gaji pekerja, atau bayaran utiliti.
Fokus pada produk atau servis yang anda tawarkan dan bagaimana anda boleh memasarkan bisnes tersebut secara kreatif.
Lagi satu, dengan kos permulaan yang kecil, risiko pun rendah. Jadi, kalau ada apa-apa cabaran atau halangan, anda tak akan rugi banyak.
Selain itu, bila anda mulakan dengan modal yang kecil, ia memberi ruang untuk anda belajar tentang selok-belok perniagaan tanpa rasa terlalu terbeban.
Kadang-kadang, apa yang lebih penting bukanlah keuntungan besar di awal perniagaan, tetapi pengalaman dan pengetahuan yang dikumpul.
Anda boleh gunakan tempoh awal ini untuk uji strategi pemasaran, mengenali sasaran pasaran, dan menambah baik produk atau servis berdasarkan maklum balas pelanggan.
9 Idea Untuk Bisnes Modal RM500
Jual Produk Secara Dropship

Salah satu cara paling mudah untuk mula bisnes modal kecil ialah dengan menjadi dropshipper.
Apa yang best tentang dropshipping, anda tak perlu simpan stok atau urus penghantaran. Semua tu diuruskan oleh pembekal.
Anda hanya perlu promosi produk dan ambil tempahan. Dengan RM500, anda boleh guna duit tu untuk iklan di media sosial atau bina laman web sederhana bagi mempromosikan produk.
Dropship ni sesuai untuk yang baru nak belajar tentang perniagaan online.
Selain itu, dropshipping juga memberi anda fleksibiliti untuk memilih produk yang sesuai dengan minat dan pasaran sasaran.
Misalnya, jika anda minat dalam kecantikan, anda boleh dropship produk skincare atau kosmetik. Jika lebih tertarik kepada fesyen, anda boleh pilih pakaian, kasut, atau aksesori.
Dengan banyaknya pilihan produk yang ada di pasaran, dropshipping menjadi pilihan popular untuk memulakan perniagaan tanpa risiko besar.
Kelebihan dropshipping:
- Tak perlu simpan stok
- Kos permulaan rendah
- Mudah urus sebab pembekal uruskan penghantaran
- Pilihan produk yang luas
Bisnes Makanan Homemade
Kalau anda pandai memasak atau buat kuih, bisnes makanan homemade boleh jadi pilihan yang bijak.
Modal RM500 dah cukup untuk beli bahan mentah seperti tepung, gula, mentega, dan bekas makanan. Anda boleh mula kecil-kecilan dengan menjual kepada kawan-kawan atau keluarga.
Lepas tu, guna media sosial seperti Instagram atau Facebook untuk tarik pelanggan baru.
Bisnes makanan ni ada banyak cabang. Anda boleh pilih untuk buat kuih-muih, kek, biskut, atau makanan panas seperti nasi lemak atau mee goreng.
Selain itu, anda juga boleh tawarkan servis katering untuk majlis kecil. Makanan homemade selalu jadi pilihan sebab ramai yang suka makanan yang dibuat sendiri di rumah โ lebih segar dan terasa lebih ikhlas.
Kelebihan bisnes makanan homemade:
- Pasaran besar, semua orang makan
- Boleh buat dari rumah
- Modal rendah, untung besar
Jika anda tak tahu nak mula dari mana dengan bisnes makanan, anda boleh invest sedikit wang untuk dapatkan ilmu dibawah:

Buat Duit Dengan Bisnes Makanan
Panduan praktikal untuk memulakan dan mengembangkan bisnes makanan dari rumah sahaja. Bisnes terbaik jika ada modal RM500 sahaja.
Menjual Barang Preloved atau Bundle
Kalau anda jenis suka fesyen atau ada barang-barang preloved (second hand) yang masih dalam keadaan baik, cuba jual secara online.
Dengan adanya Shopee, Carousell, atau Instagram, anda boleh jual baju, kasut, aksesori dan barang-barang lama yang tak digunakan lagi.
Modal RM500 boleh digunakan untuk beli stok barang bundle daripada pembekal atau kilang.
Bisnes bundle sekarang memang popular, ramai yang suka beli pakaian berkualiti pada harga yang murah.
Bisnes bundle dan preloved bukan sahaja trend, tapi juga mesra alam. Ramai orang kini sedar tentang kepentingan sustainability dalam fesyen.
Jadi, menjual barang preloved bukan saja menjana pendapatan, tapi juga membantu mengurangkan pembaziran.
Anda boleh mula dengan barangan sendiri atau beli dari pembekal, dan kemudian menjual dengan harga mampu milik kepada mereka yang ingin berjimat.
Kelebihan jual barang preloved:
- Kos rendah sebab barang dah sedia ada
- Ramai pembeli cari barang murah tapi berkualiti
- Tak perlu sewa kedai, jual online sahaja
- Menyokong kelestarian alam sekitar

Buat Duit Dengan Bisnes Baju Bundle
Panduan ini membantu kita memahami cara mendapatkan stok berkualiti dengan harga murah, tips memilih baju yang laris, serta strategi pemasaran yang mampu menarik pembeli. Sama ada secara online atau di gerai fizikal, panduan ini sesuai untuk mereka yang ingin menjana pendapatan dengan bisnes bundle.
Perniagaan Servis (Cuci Rumah, Cuci Kereta, Etc.)

Dengan modal RM500 juga anda boleh menawarkan perkhidmatan atau servis seperti cuci rumah, cuci kereta, atau potong rumput.
Bisnes ni tak perlukan banyak barang. Hanya perlu sediakan alat-alat asas dan masa untuk menjalankan kerja.
Anda boleh mula dengan buat promosi di kawasan kejiranan atau guna WhatsApp group untuk cari pelanggan. Lama-lama, kalau servis anda bagus, pelanggan pasti akan rekomen kepada rakan-rakan lain.
Selain servis cuci rumah atau cuci kereta, anda juga boleh menawarkan servis penghantaran atau runner bagi mereka yang perlukan khidmat menghantar barang dalam kawasan tertentu.
Ini menjadi peluang besar kerana ramai yang mula menggunakan perkhidmatan ini terutama ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dahulu.
Kelebihan perniagaan servis:
- Tak perlu kos yang besar
- Mudah dapat pelanggan jika servis memuaskan
- Fleksibel, boleh buat ikut masa lapang
- Modal rendah, lebih kepada tenaga kerja
Bisnes Etsy: Jual Produk Handmade atau Digital
Selain produk homemade, satu lagi trend yang semakin popular di Etsy ialah menjual produk digital seperti template, planner, lukisan digital, atau design grafik.
Menariknya, produk digital tak memerlukan kos penghantaran, penyimpanan stok, atau bahan mentah.
Dengan bisnes modal RM500, anda boleh mulakan jualan template digital tanpa perlu risau tentang inventori atau logistik.
Jika anda berbakat dalam rekaan grafik, fotografi, atau ilustrasi, anda boleh cipta produk-produk seperti:
- Template jemputan kahwin
- Planner harian atau mingguan
- Mockup produk untuk peniaga online
- Wallpaper digital
- Lukisan digital untuk dicetak di rumah oleh pelanggan
Modal RM500 boleh digunakan untuk melanggan perisian rekaan seperti Canva Pro, atau Procreate bagi menghasilkan rekaan yang profesional.
Anda juga boleh melabur dalam kursus-kursus dalam talian yang mengajar teknik-teknik rekaan atau menjual produk digital dengan lebih efektif.
Kelebihan Jual Produk Digital di Etsy:
- Modal rendah: Tak perlu beli bahan atau stok fizikal.
- Pendapatan pasif: Produk digital hanya perlu dicipta sekali, dan anda boleh menjualnya berulang kali tanpa had.
- Kos penghantaran sifar: Produk dihantar secara digital, jadi tak perlu risau tentang kos atau masa penghantaran.
- Pasaran global: Dengan Etsy, produk anda boleh diakses oleh pelanggan di seluruh dunia, 24 jam sehari.
Dapatkan panduan ini jika ingin bisnes di Etsy secara serius:

Panduan Berniaga Di Etsy
Belajar cara membuka kedai Etsy, menetapkan harga produk, menarik pelanggan, dan menggunakan strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan.
Jual Produk Kecantikan atau Kesihatan
Produk kecantikan dan kesihatan sentiasa laku keras, terutama sekali kalau ia produk yang ada testimoni positif.
Dengan modal RM500, anda boleh beli stok kecil daripada pemborong atau jadi agen produk. Misalnya, produk skincare atau supplement.
Anda boleh gunakan platform media sosial untuk promosi dan jual. Yang penting, pilih produk yang berkualiti dan ada permintaan di pasaran.
Untuk menambahkan kepercayaan pelanggan, pastikan anda mendapat produk dari pembekal yang sah dan dipercayai.
Ini penting untuk memastikan produk yang anda jual selamat digunakan, terutama jika produk tersebut melibatkan kesihatan kulit atau pemakanan.
Kelebihan jual produk kecantikan atau kesihatan:
- Permintaan tinggi
- Margin untung besar
- Mudah dipromosikan melalui testimoni pelanggan
- Produk mudah diiklankan di media sosial
Jika anda ingin hasilkan produk kecantikan atau kesihatan sendiri dan tidak mahu jadi agen brand lain, anda boleh dapatkan panduan dibawah ini untuk shortcut:

Panduan Mudahnya Menjadi Owner Produk
Panduan untuk sesiapa yang ingin mencipta dan memiliki jenama produk sendiri, dari idea hingga pengeluaran. Anda akan belajar cara memilih produk yang sesuai, bekerjasama dengan pembekal, mengurus kos pengeluaran, dan membina jenama yang berjaya.
Menjadi Content Creator atau Influencer
Ramai juga yang berjaya jana pendapatan sebagai content creator di media sosial seperti YouTube, TikTok, atau Instagram.
Dengan modal RM500, anda boleh laburkan dalam gadget atau peralatan asas untuk mula buat video atau gambar yang menarik.
Anda boleh mula dengan berkongsi minat atau kemahiran yang anda ada, seperti masakan, kecantikan, atau tutorial DIY.
Lama-lama, bila jumlah pengikut meningkat, anda boleh buat duit melalui sponsorhip atau affiliate marketing.
Content creator yang berjaya selalunya ialah mereka yang konsisten dan kreatif dalam menghasilkan kandungan.
Pastikan anda sentiasa update dengan trend terbaru dan sediakan kandungan yang menarik minat pengikut.
Kelebihan jadi content creator:
- Kos rendah, hanya perlukan kreativiti
- Peluang jana pendapatan melalui sponsor
- Fleksibel, boleh kerja dari mana-mana
Dapatkan ebook dibawah jika anda ingin dapatkan follower di Tik tok dengan pantas:

Rahsia 50,000 Follower Dalam Tempoh 2 Bulan
Membongkar strategi terbukti untuk meningkatkan jumlah pengikut media sosial dengan pantas. Dalam ebook ini, anda akan belajar taktik pemasaran, kandungan menarik, dan penggunaan platform yang betul untuk menarik ribuan pengikut dalam masa yang singkat.
Bisnes Aiskrim Homemade
Tak perlu kedai besar atau modal beribu untuk mulakan bisnes aiskrim homemade. Dengan modal RM500, anda boleh beli bahan-bahan asas seperti susu, krim, gula, dan perisa.
Aiskrim buatan sendiri ni boleh dijual kepada jiran-jiran atau di pasar malam.
Anda juga boleh tawarkan tempahan untuk majlis-majlis kecil seperti birthday party atau kenduri.
Untuk menarik lebih ramai pelanggan, anda boleh cipta perisa unik yang berbeza daripada aiskrim biasa.
Contohnya, perisa durian atau teh tarik yang pasti menarik perhatian pelanggan.
Kelebihan bisnes aiskrim homemade:
- Kos rendah, untung tinggi
- Sesuai untuk semua golongan
- Boleh buat ikut pesanan, tak perlu simpan stok banyak
- Fleksibel dari segi pembuatan dan jualan
Nak belajar buat aiskrim di rumah? Dapatkan panduan dibawah:

Panduan Bisnes Aiskrim
Panduan lengkap untuk memulakan perniagaan aiskrim yang menguntungkandari rumah. Anda akan belajar cara menghasilkan aiskrim yang enak, memilih peralatan yang sesuai, menetapkan harga, dan menggunakan strategi pemasaran untuk menarik pelanggan.
Bisnes Bakeri: Jual Kek dan Pastri Homemade
Memulakan bisnes bakeri dari rumah dengan modal RM500 adalah salah satu cara yang bijak untuk menjana pendapatan, terutamanya jika anda ada bakat dalam membuat kek, roti, atau pastri.
Dengan modal serendah itu, anda boleh membeli bahan-bahan asas seperti tepung, gula, mentega, dan telur untuk memulakan perniagaan.
Kek homemade, cupcake, biskut raya, dan roti artisan sentiasa mendapat sambutan, lebih-lebih lagi jika kualiti rasa dan pembungkusan produk anda menonjol.
Sebagai permulaan, anda boleh mula menjual kepada kawan-kawan atau jiran terdekat.
Apabila anda mendapat lebih banyak maklum balas positif, boleh kembangkan pasaran ke media sosial seperti Instagram, Facebook, atau gunakan platform penghantaran makanan seperti GrabFood dan FoodPanda untuk lebih banyak pelanggan.
Kelebihan Memulakan Bisnes Bakeri
- Permintaan tinggi: Semua orang suka dessert! Kek dan pastri adalah pilihan yang popular bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk hadiah atau majlis.
- Fleksibiliti: Anda boleh mulakan bisnes bakeri dari rumah dan menguruskan masa anda sendiri.
- Keuntungan lumayan: Dengan bahan mentah yang murah, margin keuntungan dalam bisnes bakeri boleh jadi sangat besar, terutamanya untuk kek custom.
- Potensi kembangkan bisnes: Apabila bisnes anda mula dikenali, anda boleh mempertimbangkan untuk kembangkan ke bisnes katering atau buka kiosk bakeri sendiri.
Nak buat bisnes bakeri dari rumah? Anda boleh berguru dengan pakar melalui panduan praktikal dibawah:

Panduan Bisnes Bakeri
Panduan praktikal yang membantu anda memulakan perniagaan bakeri dari rumah dengan modal yang rendah. Sesuai untuk sesiapa yang ingin menjana pendapatan dengan menjual kek, roti, dan pastri buatan sendiri tanpa perlu membuka kedai fizikal.
Pelajar universiti juga boleh mencuba bisnes modal rendah. Dapatkan idea di 10 Idea Bisnes Sampingan Untuk Pelajar Universiti.
Penutup
Terdapat pelbagai peluang untuk memulakan perniagaan walaupun dengan modal kecil.
Bisnes modal RM500 bukanlah sesuatu yang mustahil, malah dengan strategi yang betul dan usaha yang konsisten, anda boleh kembangkan bisnes ke tahap yang lebih besar.
Anda juga boleh baca artikel bisnes mudah dari rumah sesuai untuk bajet rendah. Lihat di 10 Jenis Bisnes Mudah Dari Rumah.
Yang penting, pilih perniagaan yang sesuai dengan minat dan kepakaran anda.
Jangan takut untuk mencuba kerana setiap cabaran itu adalah peluang untuk anda belajar dan berkembang.