Bergelar pelajar universiti adalah tempoh yang sibuk dan mencabar, tapi ini juga waktu yang sesuai untuk menjana pendapatan sampingan.
Ramai pelajar ingin mencari cara untuk buat duit sambil belajar, terutama sekali untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat.
Dengan adanya teknologi dan pelbagai platform online, sebenarnya ada banyak bisnes untuk pelajar universiti yang boleh dijalankan tanpa memerlukan modal yang besar.
Selain menambah duit poket, mulakan bisnes sambil belajar juga akan memberi anda pengalaman berharga tentang bagaimana nak urus masa, wang, dan tanggungjawab.
Jadi, jika anda seorang pelajar universiti yang sedang mencari peluang untuk mula bisnes sampingan, berikut adalah 10 idea bisnes yang sesuai dan boleh dijalankan dengan mudah.
1. Jadi Tutor atau Guru Tuisyen
Jika anda cemerlang dalam subjek tertentu, kenapa tak gunakan kemahiran anda untuk jadi tutor?
Ramai pelajar sekolah memerlukan bantuan dalam subjek seperti matematik, sains, atau bahasa Inggeris.
Anda boleh tawarkan kelas tuisyen secara persendirian kepada pelajar sekolah rendah atau menengah, sama ada secara online atau face-to-face.
Dengan sedikit promosi melalui media sosial, anda boleh dapat beberapa pelajar tetap yang memerlukan bimbingan.
Kelebihan:
- Tak perlu modal besar, hanya kemahiran dan masa.
- Bayaran mengikut jam, jadi anda boleh tetapkan kadar sendiri.

Panduan Bisnes Home Tuition
Panduan ini merangkumi cara memulakan, merancang dan menjalankan kelas tuisyen yang berkesan, serta strategi pemasaran untuk menarik pelajar.
2. Menjadi Dropshipper
Dropshipping adalah bisnes yang sangat sesuai untuk pelajar kerana anda tak perlu pegang stok atau uruskan penghantaran.
Anda hanya perlu promosikan produk dan urus tempahan. Pembekal yang akan uruskan penghantaran barang kepada pelanggan.
Anda boleh menjual pelbagai produk seperti pakaian, aksesori, produk kecantikan, dan banyak lagi melalui platform Shopee, Instagram, atau Lazada.
Kelebihan:
- Tak perlu modal besar untuk beli stok.
- Bisnes fleksibel, boleh uruskan di mana-mana, pada bila-bila masa.
3. Jual Makanan atau Minuman
Bagi pelajar yang suka memasak atau membuat makanan ringan, jual makanan boleh menjadi bisnes sampingan yang lumayan.
Anda boleh jual kuih-muih, brownies, kek, atau minuman seperti bubble tea kepada rakan-rakan di universiti.
Modalnya pun tak besar, cukup untuk beli bahan-bahan asas, dan anda boleh mula jual secara kecil-kecilan. Gunakan WhatsApp atau Instagram untuk ambil tempahan.
Kelebihan:
- Permintaan tinggi, semua orang suka makan!
- Keuntungan cepat, sebab jualan boleh dilakukan setiap hari.

Buat Duit Dengan Bisnes Makanan
Panduan praktikal untuk usahawan atau pelajar yang berminat menjana pendapatan melalui perniagaan makanan.
4. Bisnes Print dan Photostat
Di universiti, pelajar selalu perlukan khidmat print dan photostat. Jika anda ada printer sendiri, anda boleh tawarkan servis ini kepada rakan-rakan di kolej atau sekitar kampus.
Dengan modal kecil untuk kertas dan dakwat, bisnes ni memang senang untuk dimulakan. Anda juga boleh tawarkan khidmat binding atau laminate untuk menambah servis.
Kelebihan:
- Kos rendah, permintaan tinggi.
- Senang diuruskan sambil belajar.
5. Jual Barang Preloved
Jual barang preloved adalah satu cara mudah untuk buat duit. Ramai pelajar universiti ada pakaian, aksesori, atau barang-barang lain yang masih elok tapi dah tak guna.
Anda boleh jual barang-barang ini di platform online seperti Carousell atau Shopee. Selain daripada barang sendiri, anda juga boleh bantu rakan-rakan lain jual barang mereka dan ambil komisen.
Kelebihan:
- Tak perlu modal besar, hanya jual barang yang dah sedia ada.
- Boleh dijalankan secara online.
6. Menjadi Freelancer
Jika anda ada kemahiran dalam design grafik, menulis, fotografi, atau pembikinan video, anda boleh jadi freelancer untuk perniagaan atau individu lain.
Banyak platform seperti Upwork, Fiverr, atau Freelancer.com membolehkan anda mempromosikan kemahiran anda dan mencari kerja-kerja sementara.
Anda juga boleh tawarkan khidmat di media sosial untuk kerja-kerja kecil seperti membuat poster, logo, atau suntingan video.
Kelebihan:
- Fleksibel, boleh buat kerja bila ada masa lapang.
- Pendapatan bergantung kepada kemahiran anda, lebih mahir, lebih tinggi bayarannya.
7. Jual Topup dan E-Wallet
Bisnes jual topup dan e-wallet adalah antara bisnes yang mudah untuk dijalankan.
Dengan modal yang rendah, anda boleh mula menjual topup untuk talian prabayar atau tambah nilai untuk e-wallet seperti Touch n’ Go.
Pelajar universiti sentiasa menggunakan perkhidmatan ini, jadi anda tak perlu risau tentang permintaan.
Anda boleh mulakan dengan jual kepada rakan-rakan dan pelajar di kampus.
Kelebihan:
- Modal rendah dan risiko rendah.
- Permintaan sentiasa ada, terutama di kalangan pelajar.
8. Bisnes Jual Tudung
Tudung adalah satu produk yang sentiasa ada permintaan tinggi, terutama sekali di kalangan wanita muda.
Anda boleh mula bisnes jual tudung dengan modal kecil. Cari pembekal yang menawarkan harga borong dan mula jual kepada rakan-rakan atau kenalan di universiti.
Gunakan platform seperti Instagram atau Shopee untuk kembangkan pasaran anda.
Tudung juga senang dipasarkan kerana ia produk yang dipakai setiap hari.
Kelebihan:
- Pasaran besar, ramai wanita bertudung.
- Produk senang disimpan dan tak perlukan modal besar.

Panduan Rahsia Bisnes Tudung
Ebook ini sesuai untuk pelajar atau usahawan baru yang ingin memaksimumkan keuntungan dan mengembangkan bisnes tudung ke tahap seterusnya.
9. Servis Fotografi atau Videografi

Jika anda minat dalam fotografi atau videografi, ini boleh jadi satu bisnes sampingan yang lumayan.
Ramai pelajar universiti perlukan khidmat untuk majlis konvokesyen, event kampus, atau photoshoot peribadi.
Anda hanya perlukan kamera, dan jika tak ada, boleh juga gunakan smartphone dengan kamera berkualiti tinggi
Promosi khidmat anda di media sosial atau tawarkan pakej menarik kepada rakan-rakan.
Kelebihan:
- Boleh jalankan pada hujung minggu atau masa lapang.
- Peluang untuk jana pendapatan besar jika dapat projek besar.

Panduan Bisnes Fotografi
Panduan ini merangkumi langkah-langkah penting untuk memulakan perniagaan fotografi dari perancangan awal hingga menjalankan operasi harian.
10. Jual Kraftangan atau Produk DIY
Jika anda seorang yang kreatif, bisnes kraftangan atau produk DIY seperti gelang, rantai, atau hiasan rumah boleh menjadi satu idea yang menarik.
Dengan modal kecil, anda boleh beli bahan-bahan asas dan buat sendiri di rumah atau asrama.
Anda boleh jual hasil tangan anda kepada rakan-rakan atau melalui platform seperti Shopee dan Instagram.
Produk handmade selalunya mendapat sambutan kerana ia unik dan ada sentuhan peribadi.
Kelebihan:
- Kos bahan rendah, tapi produk boleh dijual dengan harga lebih tinggi.
- Produk unik, boleh menarik minat ramai orang.
Anda juga boleh cuba bisnes lain yang boleh diusahakan dari rumah. Baca di 10 Jenis Bisnes Mudah Dari Rumah.
Penutup
Menjadi pelajar universiti bukan alasan untuk tak cuba mencari pendapatan tambahan.
Banyak bisnes untuk pelajar universiti yang boleh dijalankan dengan mudah dan tak memerlukan modal besar.
Jika anda hanya ada modal terhad, anda juga boleh baca artikel 9 Idea Untuk Bisnes Modal RM500.
Dengan masa yang fleksibel dan sedikit kreativiti, anda boleh mula jana pendapatan sampingan untuk menampung keperluan harian dan menambah pengalaman berniaga.
Bisnes sampingan bukan sahaja membantu dari segi kewangan, tapi juga memberi anda peluang belajar selok-belok perniagaan dan menguruskan masa.
Dengan 10 idea bisnes yang dikongsikan dalam artikel ini, harapnya anda dapat inspirasi untuk memilih bisnes yang sesuai dengan minat dan kemahiran anda.
Mulakan dari yang kecil, dan kembangkan bisnes seiring dengan masa. Jangan takut untuk mencuba, kerana setiap langkah adalah peluang untuk belajar.
Selamat maju jaya!